|
|
 
|
VISI
Ke Arah Bandar Yang Maju, Makmur Dan Teratur.
MISI
Menjadikan Betong sebuah Bandar yang dinamik, maju, bersih, indah serta seimbang dari segi pembangunan fizikal dan rohani menjelang 2020 selaras dengan seruan kerajaan.
MAKNA LOGO
Logo Majlis Daerah Betong berlandaskan warna biru dan kuning sebagai warna utama yang dipisahkan oleh jalur hijau di tengah logo.
|
 
|
Warna Biru
Melambangkan keadilan pentadbiran atau pengurusan majlis.
Warna Kuning
Mencerminkan keharmonian masyarakat majmuk di daerah Saribas.
Jalur Hijau
Membawa erti kegiatan ekonomi masyarakat Saribas lebih tertumpu kepada sektor pertanian.
Burung Kenyalang Terpapang Megah
Membuktikan Majlis Daerah Betong merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan di bawah naungan kerajaan Negeri Sarawak.
Reben Berjalur Tiga Warna Berbeza
Memaparkan tiga batang sungai utama, iaitu Batang Layar, Batang Paku dan Batang Rimbas yang menjadi jalan air utama masyarakat Saribas.
Berdiri Megah Bukit Sadok
Memahat sejarah penuh makna perjuangan peribumi Saribas mempertahankan tanah pusaka dari penjajah.
Skroll Warna Putih Tertulis "Bersatu Daerah Maju"
Motto Majlis Daerah Betong yang melambangkan pentadbiran atau pengurusan majlis yang sempurna dan adil berteraskan motto majlis menuju ke arah kecemerlangan.
|
|
|
|