|
|
Selamat melayari laman web kami.
Kami amat merasa bangga kerana tuan / puan berminat untuk melayari laman web Majlis Daerah Betong sebagai salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tertua di Sarawak.
Melalui laman web ini dapatlah orang ramai , melihat dan mengetahui sedikit sebanyak tentang perkembangan Majlis ini. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun , orang ramai juga berpeluang untuk mengemukakan apa sahaja saranan , kritikan membina dan maklumbalas supaya Majlis ini boleh secara berterusan memperbaiki segala kelemahan , kekurangan dan seterusnya berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan dan kemajuan penduduk di Daerah Betong.
Kawasan bidangkuasa Majlis Daerah Betong adalah seluas 2,493 sq. km persegi yang merangkumi Daerah kecil Spaoh , Debak , Pusa dan Maludam . Terdapat didalamnya tiga (3) kawasan parlimen iaitu P. 204 - Betong , P. 203 - Lubok Antu dan P. 201 - Batang Lupar serta lima (5) kawasan Dewan Undangan Negeri yakni N. 27 - Layar , N. 26 - Saribas , N. 24 - Engkilili , N. 21 - Beting Maro dan N. 20 - Sebuyau . Terdapat juga seorang Senator yang mewakili dan memimpin rakyat di Daerah Betong . Sesetengah daripada kawasan pilihanraya tersebut terletaknya sebahagian sahaja di dalam bidangkuasa Majlis Daerah Betong selain daripada P. 204 - Betong , N. 27 - Layar , N. 26 - Saribas dan N. 21 - Beting Maro.
Dalam kawasan bidangkuasa yang begitu luas dan penduduknya bertaburan (55,625) serta sumber-sumber Majlis yang terhad , Majlis Daerah Betong menghadapi beberapa masalah dan kekurangan tertentu dalam melaksanakan program pembangunan . Walaubagaimanapun faktor-faktor yang sebegini tidak akan menjadi penghalang kepada semua kakitangan Majlis Daerah Betong untuk terus berusaha membawa pembaharuan dan perubahan ke arah terus membangunkan Daerah Betong , seiring bersama dengan agensi-agensi lain.
Dalam konteks pembangunan Teknologi Maklumat , Majlis Daerah Betong juga tidak jauh ketinggalan . Majlis Daerah Betong telah berjaya melaksanakan Sistem Smart 2000, melalui sistem ABS, PIS, Receipting System, Accounting System, Payroll System, Building Tracking System dan juga Licensing System menerusi system 'online' (LAN) iaitu Local Area Network.
Baru-baru ini Majis Daerah Betong telah maju setapak lagi dengan pelaksanaan "EBPP System Service" seperti "e-Payment, e-Booking dan e-Request". "EBPP System" ini diusahakan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd, boleh dilayari di alamat www.paybillsmalaysia.com.
Semoga tuan / puan merasa selesa dan mendapat informasi yang relevan dan mustahak selepas melayari laman web Majlis Daerah Betong.
Sekian, terima kasih.
ANTHONY LUTA AK. JUING
SETIAUSAHA
MAJLIS DAERAH BETONG
|
|
|