Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
slide_58c69bc5b28a0.jpgslide_58b7de16581ed.jpgslide_58b62061f3f0b.jpgslide_58b62013d146c.jpgslide_58b59a7cb775c.jpg

Kemaskini Pada: 25 Mei 2017
Versi 8.0.1
Perutusan SetiausahaPerutusan Setiausaha

 

 

Salam Sejahtera dan Salam 1 PBT,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke laman sesawang Majlis Daerah Betong ini. Semoga laman ini dapat membantu memberikan informasi yang bermanfaat dan berguna berkaitan dengan pengurusan dan perkhidmatan Majlis Daerah Betong khususnya dan Bahagian Betong amnya. Melalui laman sesawang ini, pihak luar juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan mudah. Di samping itu, pelawat-pelawat juga dialu-alukan untuk memberikan komen dan pendapat serta cadangan yang boleh memberi faedah bersama.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam pengemaskinian Laman Web Majlis Daerah Betong 2013 di atas pencapaian Penarafan 5 Bintang di dalam “Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2013”. Semoga penarafan ini dapat mempertingkatkan lagi laman sesawang Majlis Daerah Betong menjadi lebih baik dan terkini serta berinformasi untuk menyalurkan berita kepada rakyat.

Saya yang baru menerajui Majlis Daerah Betong pada 14 April 2015, merasakan bahawa tugas untuk membawa Majlis Daerah Betong ke arah kecemerlangan adalah satu tugas yang penuh dengan cabaran. Namun saya yakin dan percaya melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua Ahli-Ahli Majlis Daerah Betong, seluruh warga kerja Majlis Daerah Betong dan Ketua-Ketua Jabatan kepada saya, tidak mustahil untuk maju jaya dalam semua urusan. Saya juga berharap agar semua warga kerja Majlis Daerah Betong sentiasa mengamalkan prinsip kerja berpasukan, bekerja dalam suasana yang ceria disamping berfikiran positif, kreatif dan inovatif untuk merancang dan melaksanakan sesuatu yang baru bagi meningkatkan kecemerlangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Akhir kata, saya berharap laman sesawang Majlis Daerah Betong ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada semua.

 

Sekian, terima kasih

 

"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

"AN HONOUR TO SERVE"

 

BUJANG AK LADI

SETIAUSAHA

MAJLIS DAERAH BETONG