Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
slide_58c69bc5b28a0.jpgslide_58b7de16581ed.jpgslide_58b59a7cb775c.jpgslide_5464335cbd87f.jpg

Kemaskini Pada: 19 Jan 2018
Versi 8.0.3
Ukurperiksa Pegangan BerkadarUkurperiksa Pegangan Berkadar

Memastikan kerja ukurperiksa ke atas pegangan berkadar bagi pegangan yang bukan dalam kategori Key Focus Activities (KFA), rumah panjang dan rumah kediaman yang dikenakan kadar tujuan am sahaja, dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Digunapakai oleh PBT ke atas semua pegangan berkadar bukan dalam kategori Key Focus Activities (KFA), rumah panjang dan rumah kediaman yang dikenakan kadar tujuan am sahaja.

DEFINISI

a) Pegangan (Holding) – mengikut Seksyen 2, Local Authorities Ordinance, 1996 (Cap. 20).

b) Ukurperiksa Pegangan Berkadar – Kerja pemeriksaan, pengukuran, lakaran dan pengumpulan data yang dilakukan terhadap sesuatu pegangan berkadar bagi maksud cukai taksiran.

c) Agensi berkaitan – Pemaju / Jabatan Tanah Dan Survei / Pemilik Berdaftar / Firma Guaman.

d) Rumah Kedai – Pegangan komersil tidak melebihi 4 tingkat di mana kegunaannya seperti berikut;

i. Tingkat 1 (Ground Floor) – komersil
ii. Tingkat 2 (First Floor) – komersil/pejabat
iii. Tingkat 3 dan 4 (Second & Third Floor) – komersil / pejabat / kediaman

e) Rumah kediaman – pegangan kediaman untuk maksud tempat tinggal yang terdiri daripada jenis sesebuah, berkembar, teres, bertingkat (flat, apartment, kondominium dan rumah panjang)

f) Occupation Permit – Sijil yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang mengesahkan bahawa bangunan tersebut dibina mengikut pelan bangunan yang telah diluluskan dan layak untuk diduduki.

g) Kategori Key Focus Activities (KFA) – Rumah Kedai dan Rumah Kediaman yang mempunyai Occupation Permit.

h) Key Focus Activities (KFA) – Aktiviti Fokus Utama bertujuan untuk mengurangkan tempoh pengeluaran bil cukai taksiran untuk pegangan baru dari 6 bulan kepada 2 bulan dari tarikh pengeluaran Occupation Permit.