|
Majlis Daerah Betong melaksanakan kuasa untuk mentadbir kawasan-kawasan di bawah jagaannya menurut kuasa undang-undang yang termaktub di bawah Local Authorities Ordinance dan undang-undang lain berkaitan serta Undang-Undang Kecil Majlis Tempatan (Council By-Laws) yang digubal dan termaktub dalam Ordinan yang sama.
Majlis Daerah Betong mempunyai Pejabat Induk di Betong, sebuah Perpustakaan dan Pejabat di Spaoh, dan Debak dan Pusa serta sebuah Perpustakaan di Betong. Bangunan baru Pejabat Majlis Daerah Betong telah dibuka dengan rasminya oleh YB Datuk Amar Alfred Jabu ak Numpang DA, PNBS, KMN, PPC (Emas) Timbalan Ketua Menteri (1) merangkap Menteri Pertanian dan Pembangunan Masyarakat Sarawak.
Daerah Betong mempunyai keluasan sebanyak 1,775.94 km/segi. Penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum telah merangkumi sebanyak 64,127 orang. Kaum Melayu merupakan kaum terbesar di daerah Betong, iaitu sebanyak 35,204 orang. Diikutinya adalah kaum Iban sebanyak 24,010 orang dan Cina sebanyak 4,913 orang.
MAJLIS DAERAH BETONG
Bangunan Kubu Rentap,
95700 Betong, Sarawak,
Malaysia.
Tel: 6083-472948, 472701, 472702, 472703, 472124
Fax: 6083-472192.
|