Laman Utama LAMAN UTAMA

Admin ADMIN LOGIN

Logo
   Logo
E-News
Voicepoint
E-Tender
Hotlinks
Perutusan Pengerusi
 
Kepesatan pembangunan berlaku dari masa ke semasa memerlukan satu sistem pentadbiran yang cekap dan sempurna. Oleh yang demikian, Majlis mempunyai objektif yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun untuk mencapai matlamat organisasi seperti berikut:
  • Memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan yang berhemah tinggi kepada orang ramai.

  • Menyedia dan menyelenggara kemudahan infrastruktur (prasarana).

  • Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.

  • Meluluskan pelan-pelan bangunan rumah dan bangunan lain di seluruh kawasan pentadbiran Majlis untuk meningkatkan harta bercukai.

  • Mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, indah dan selesa.

  • Memberi kerjasama dan sokongan kepada agensi-agensi lain dalam usaha pembangunan bandar Betong.

  • Menjalankan kuasa dan tugas-tugas sebagaimana yang telah diperuntukan dalam akta-akta dan undang-undang kecil yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

Majlis Daerah mengambil berat tentang perkhidmatan yang telah diamanahkan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang awam seperti:
  • Meningkat dan memberi perkhidmatan kebersihan seperti mengangkut sampah, kawalan vektor, pemeriksaan premis makanan dan pemusnahan anjing liar.

  • Menyelenggara dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur (prasarana) di Bandar dan Luar Bandar dan menambah lampu jalanraya.

  • Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam (Tandas Awam) dan rekreasi (Taman Permainan Kanak-Kanak).

  • Menilai, mengukur dan berusaha untuk meningkatkan pungutan cukai harta sebagaimana yang diperuntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan.

  • Pengurusan Pelesenan.

  • Pengurusan Pembangunan.

  • Penguatkuasaan dan Perpustakaan Awam.

  • Melulus Pelan-Pelan Bangunan.

  • Perkhidmatan Kaunter :

Isnin-Khamis 08:00-12:00 tengah hari
14:00-15:30 petang
Jumaat 08:00 - 11:00 pagi
14:30 - 15:30 petang
Border


Hakcipta Terpelihara © 2009 Majlis Daerah Betong|
Penafian: Majlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman-laman ini.
Paparan terbaik menggunakan browser Mozilla Firefox
Dimensi Baru Logo
Projek Gemilang