GALERI


PERSIDANGAN PERTAMA PROGRAM BANDAR SEJAHTERA BETONG DEWAN TAN SRI DATUK AMAR STEPHEN KALONG NINGKAN

Program Bandar Sejahtera Betong yang pertama telah diadakan selama 2 hari 15-16/11/2007 di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan. Tema untuk program ini ialah "Ke Arah Bandar Sejahtera Betong." Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Betong bersama-sama dengan Unit Perancang Negeri Sarawak (JKM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak & Pejabat Residen Bahagian Betong.

Tuan Residen Bahagian Betong, Romie Sigan Daniel telah diberi penghormatan untuk merasmikan & menutup program tersebut. Pelbagai agensi di bahagian Betong serta ahli-ahli majlis telah dijemput untuk menghadiri program ini.

Sepanjang program ini para peserta telah diberi ceramah, kerja berkumpulan & sesi bengkel.